Sakit

Terlalu sakit ku jalani setiap hariku, terlalu perih ku lalui sangat sedih bila kau pergi menghilangkan diri. Ya Allah kuatkan lah hati ini. Sesunguhnya hamba mu ini sedang sakit untuk semua ini. Permudahkanlah setiap perjalananku , Buka kan lah hatinya untuk ini Ya Allah, Aku pasrah, Aku Akur. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Ya Allah aku rapuh..

Bila melihat kau dan dia, Kau sorok kan ia walaupun aku tahu apa yang berlaku setiap saat dan masa. Ya Allah aku terlihat.. Ya Allah jika ini kuasa cinta dan apa yang di perlihat kan padaku adalah benar. Hilangkan lah ingatan ku, hilangkan lah rasa ku, hilangkan lah segalanya, agar aku berhenti menangis meratapi duka ini.

Setiap hari aku melihat ia datang. setiap hari aku terpaksa akur dengan ini semua. Setiap hari aku terpaksa datang setiap hari aku terpaksa matang.

Dipinta ku percaya, Di mahu nya aku bersama, tetapi Ya Allah, jika dia lebih sempurna, berikanlah hati nya untuk dia.. Aku tak percaya aku tak mampu, tapi pilihan dirimu membuat ku diam dan terpaku.

Jika setiap rasa ini rasa mu.. Akan mengerti setiap yang terindah hancur bagai debu beterbangan di bawa angin berlalu. Sadis melihat ia pergi, hilang nya cintaku bagai tak bertali.

Aku cinta kamu, adakah kamu tulus mencintai ku .. aku sayang kamu.. apakah kau sanggup menyanyangi ku.. Jika benar. tunjuk kan lah padaku, berikanlah sepenuh hati mu.. ikhlaskan lah segalanya. agar aku dapat merasanya lagi.

Dalam kotak hitam itu aku bersembunyi, bukan bersembunyi arahhku hilang tenaga ku hancur.. menanti ia kembali untuk dibuka seperti semula.

Jika benar bukan kan lah ia kembali.. jangan biarkan aku bersedih berseorang diri.

2 Hari

Aku kol dia, buat pertama kali aku rasa kan dia tak perlukan aku.. hehe, Mau tak nyaa, aku kol dia tak pernah berangkat. Penat jugakrupanya.. tapi apakan daya, risau jugak dia ade lelaki lain. which mean aku dah tau pun. Harap Allah tunjuk kan segera, senangkan setiap perkara. Jika benarlah.. tapi jika tidak Alhamdulillah memang aku perjodohkan diri nya..

Pasrah dengan segalanya, aku hanya mampu tersenyum, tersenyum besar2. tapi cukupkah ia tutup kesakitan ku.. Aku harap tak ada orang tahu.. Aku sakit semalam berjangkit hingga ke hari ini, tak tau la besok.

"Abang balikla"
"Jangan buat ayang risau"

Berulang - ulang dia kata macam tu.. hehehe katanya tak mau gaduh kerana ada masalah di tempat kerja. Insyallah kalau busy kerja bagus la kan, Laki mana tak suka kalau perempuan kuat bekerja lagi2 kalau menganggur.. Obviously bukan la pada sesiapa yang ditujukan.. Aku berharap aku dapat la kerja yang lebih baik, Yela current kerja ni buat aku sakit sangat.. HBP makin tnggi.. dulu 140 skang dah naik 160.. tunggu strok aje ni.. mata pun tak boleh bukak sangat.. Nasib Mami bagi minyak wangi dari arab, rasa tenang jugak la.. tapi tak la berkesan mana..

Saban hari aku cuba untuk berdiam, insyallah aku dapat diam kalau dia buat lah apa yang aku tak suka..
Dari awal lagi aku dah beritahu dia, tiada lelaki lain dalam apa jua urusan melainkan keluarganya sendiri lah.. Hermmm. tapelah aku pasrah.. redha dengan segalanya.. menangis tu macam dah takda makna, kering abis airmata aku ni.. Penat jugak la..

Dia suruh aku percaya,
Baiklah aku percaya tapi jangan buat ia goyah kerana percaya aku ni dah rapuh. itu sahaja.
Hujan,

Seakan mengerti perasaan tika itu, menjurai-jurai wakil mata ku kerana kecewa dengan dia, Aku ni lelaki, aku sayang dia. Salah aku, cuz terlanjur sayang dia, Minta tuhan tunai kan lah niat aku untuk biasa2 dan bersahaja aku dengan dia. Biar dia pulak yang cari aku. Setiap langkah membasahkan lagi baju ku. Ku tenung pokok itu rapat2. Ku berdusta kah pada diriku, kenapa harus disembunyikan perasaan ini walau ia sakit di gores dengan belati tajam?

"Jangan sampai abgn kerumah"; "Dpan ijam tayahlah nak biadap"..

Sekali pandang ia tak ubah ayat aku kepada dia.. sekali pandang ia tak ubah seperti sudah bercinta lama. Jadi mana hati tak curiga. Mana hati tak kecewa. Mana hati tak parah. Namun dia hanya mampu mohon maaf. Mencuba untuk buat ku memahami situasinya. 

Baik lah aku cuba memahaminya,

Gedung

Pembuka satu sifat jahanam aku, tika itu sang jantan itu tepat berada di hadapan, aku bagai mampu menahan dari dalam itu sahaja, Menampak kan nya mematah-matahkan tulang tengkuknya. Wah! abang besar! Phark!
Lai kawan lai.. mari rentap mana silang baik jangan dicanang rasa dendam ku makin lama makin arwah la kau. Dia datang bersahaja, "Awak kenapa ni, awak okay?" Pap! terus hilang saka aku pergi macam tu berlalu disuruhnya anak buah nya berada di peluk ku.. hujan itu mulai renyai.

Haish, berdemam jugalah aku malam ni. Tak lepas satu nikmat hati cenderung pada kesabaran. Mana lah ia datang.. harap sabar tu tak pernah wujud. senang sekali pergi itu sahaja.

Rumah

"Dring, Dring Dring,"! ;"Eyra Osment call sayang"  Mulalah topik perbualan. atas bawah kiri kanan bergerak bak pasangan bercinta tiba di satu cerita, "Eyh! Abang bergaduh habis tu dia tak apa2 lah kan, Hmm Apalah lah dorang ni bergaduh, abang pun nak backup kawan dia la, mesti la." Tiba2 kaki nya langkah kehadapan lalu berlari anak ke bilik atas nya jadi tinggal lah aku seorang.

Maka keluar lah aku dari rumah itu, niat hati nak beli rokok, yela itu aje ubat penenang yang ade... Kang isap dadah jadi bangang pulak aku. Kaki ni berjalan laju.. Hujan tak berhenti2 turun.. Ramai nya bangla..
Sesampai nya aku disana  rupanya beg dompet aku tertinggal dirumah. Haish..

Perjalanan

Kaki ini menuju ke taman dengan hati yang lara, sebeberapa lama aku melangkah selama itulah tiada panggilan dari dia, Yela, mana tau dia kol , sejuk skit hati.. Maka berjalan2 tibalah di satu taman ada pondok. aku duduk sambil membakar rokok yang terakhir. Selama 12 minit aku rasa ketenangan itu, selama 12 minit itu aku cuba memaafkan dia. dengan itu lah aku memcuba, Jawapan nya - gagal.

Selepas itu ( Braveheart - dem Bonez) berkumandang terkejut aku dari lamunan tadi. Bini aku kol, selepas itu line terus tade.  bebelas kali jugalah dia pergi dan akhir nya suara nya dengar di telinga telephone ku, "Abang kat mana, ayang keluar, pepandailah abang cari, siapa suruh buat HAL! Fuck!" dari situ  lah aku terus melangkah kaki dengan niat nak halang dia pergi jauh2.. aku berjalan2 macam orang gila.. sampai ke Balai Polis punya hujung aku mencari, Pencarian itu sangat memenatkan.. tiba2 satu panggilan masuk,

"Abang kat mana, Penat tau ayang, ayang takut, datang lah sini, cepat lah, ayang kat kedai buah dekat econsave ni, cepat abang ayang takut." berdesup aku lari, aku mencari2 dan mencari dia, berlari tak serupa manusia, air mata berlinang hilangkan akal aku, melupalah aku pada jalan, aku buntu. sesampai nya di kedai buah berdekatan econsave ( gelap dan tutup pulak ) alhamdullilah dia tak disitu, maka berlari la lagi ke kedai buah satu lagi,  Kecewa aku datang disambut dengan hinaan, dan kejian dan yang paling best terus minta putus.

Yes! aku turutkan kata dia dan membawa dia pulang, niat hati nak selesai kan masalah itu tapi terjadi lagi pergaduhan besar dan aku terkasar pada dia, Dengan nama Allah itu lah satu2nya penyesalan yang paling aku tak dapat maafkan diri aku..  

Bersambung.......



Desak

Kali keberapa entah kata itu diluahkan dengan sungguh hati, Acap kali ku dengar sumpah aku kecewa penuh rasa janggal, Kini aku sendiri lagi dimalam yang sepi. Yelah, dia kerja siang aku kerja malam, bila aku kol waktu aku keje dia menolak kerana penat, bila kol waktu pagi time sampai rumah dia menolak sebab nak siap pergi kerja, bila tunggu tak tido dia ckap busy buat kerja. bila aku bangun pas 3,4 jam tido dia ckap ada supervisor, bila dah siap dia suruh aku bitau time nak pegi keje. macam mana nak luah setiap kehendak ku, kalau berkali2 kol di lepas nya kata Desak,

Mendesak sangat ke aku, cuma aku nak bertanya apa dia buat sihat ke? dah makan ke? risau perut dia sakit, risau nanti dia pening, Tapi semua itu percuma, aku jauh berbatu2 dari dia.. Akhir sekali aku yang dituduh tak memberi perhatian pada dia.

Bila mana mentari itu menari, aku masih kecewa diulit sakit kepala yang meremuk tiap tengkorak ku, Hush! diam aku lagi.. Nak kata aku rindu, sumpah aku rindu, nak kata xsayang aku dah berdosa pulak kerana menabur fitnah.. Aku sayang dia pergh.

Desak aku, Desak Kamu.

Kepada Mu Cintaku

 

"Langkah ini ku susun tanpa ku sedari aku meninggalkan dia".

Jatuh bangun aku langkah menuju kamu, aku tersedar akan kesalahan ku padamu, Ya Allah, ampuni dosa ku. Setahun sudah berlalu, tanpa ku sedari kita sudah pun mengikat janji bersama hati, kau dulu ku nanti kini bakal ku nikahi. Insyallah, aku bersedia untuk mu hingga akhir nanti. Oh Shafinaz, berjuta batu jauhnya, beribu tahun rasanya, susah payah ku renang, namun ku tetap bahagia asalkan kau bahagia. Aku tunggu waktu itu. :) Aku tunggu waktu itu untuk memikul tanggungjawab ku sebagai seorang suami. Linangan airmata jatuh ku terangan kan bayangkan kebahagian namun pasti itu hanya khayalan tapi yang pasti kita pasti mengorak kearah langkah dan menuju kebahagian. Bersabarlah sayang, kita aku kau dayang
kan bersama kearah bahagia.
 

Selamanya

Ku berserah

Dalam nadiku mendetikkan namamu, Sri Shafinaz Bte Paijal yang selama ini aku alpa dengan duniaku. Aku menjumpai nama itu setelah hadirnya dirimu..

Tika mataku melirik kearah fotomu, Ya Allah aku menyebut kerna dikau mengajarku, Ya Allah, telah Kau turunkan bidadari untukku setelah semua ini berlaku, telah Kau turunkan rahmat tika aku mula lupa pada-Mu, telah ku tersadar dari tidur kerna Kau telah membuatku kembali hidup dan mampu mempercayai bahawa masih ada Hawa dalam jalanku.

Sesungguhnya aku tersedar dari lamunan namun siapakah sanggup melihat pisang berbuah 2 kali, Maka itu, aku membuatkan dia menangis, menangis kerna ku, menangis kerna ujianku, dan Ya Allah, telah ku lukai hatinya, aku memohon ampun dari-Mu, aku memohon seribu maaf pada dia.

Kini aku sadari bahawa semangatnya telah mengubahku, cintanya telah membimbingku, sayangnya telah menyedarkan aku, dan Ya Allah, aku berjanji akan terus menjaganya, walaupun nyawaku terpaksa ku gadaikan..

Aku berjanji untuk setia, aku berjanji untuk membuatkan dia bahagia. Ya Allah aku redha jika dia berpaling dariku, Ya Allah aku terima jika dia membenciku, tetapi Ya Allah jangan Kau tarik cintaku darinya, Jangan pisahkan Kami.. Walaupun ia menyakitkanku namun aku pasti Kau Maha penyayang dan ini hanyalah Ujian Dari-MU.

Ya Allah aku mencintai Sri Shafinaz Bte Paijal.
Aku mencintai dia sepenuh hatiku. Aku menyayangi dia dengan seikhlasku.. Ya Allah, aku memohon sepenuh jiwa ragaku, satukan kami, kuatkan cinta kami, jangan pisahkan kami, berikan kami kasih sayang antara satu sama lain dengan lebih teguh dan utuh. Ya Allah aku memohon dengan nyawaku sanggup ku gadai untuk mencintai dia, menyayangi dia, merawati dia, melihat dia bahagia bersamaku selamanya, Dan juga Ya Allah jadi kan kami pasangan yang diredhai dan dirahmati-MU.

Ya Allah, sesungguhnya kami mampu merancang, dan Kau menentukan segalanya maka itu Ya Allah makbulkanlah permintaan kami, makbulkanlah permintaanku untuk bersamanya sehingga akhir nafasku, sehinga ke Syurga-Mu. berikanlah kami Hidayahmu.. SATU KAN KAMI SEHINGGA KE SYURGA MU YA ALLAH..

Amin......

Nisfu Syaban Dan Cerita itu






 Nisfu Syaban Dan Cerita



Malam itu Malam nisfu syaban, aku terjumpa buku yang telah lama aku simpan dan aku membuka helaian demi helaian, Pabila aku meniliti satu persatu, aku jumpa satu potong ayat "Someone who try to have my love, She would be my last person I ever love. I swear.."

Its all sudden, She came to my life, she be my friend, and now she became the most person I ever love, ever care, ever think. Aku pun tak tau nak cakap macam mana, Aku berjanji pada masa depan, dan sekarang masa depan itu betul datang kepada aku, aku menangis. Menangis kerana terharu, aku cukup bahagia bersama dia sekarang, walaupun aku tau, commitment yang aku ade sekarang dan bersama dia, membuat aku rasa cukup sempurna.

Malam nisfu juga aku berdoa, "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa kedua ibubapa kami,ampunilah dosa saudara-mara kami, ampunilah dosa-dosa umat Islam Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka itu Ya Allah, kurniakanlah kami dengan sifat pengasihmu,penyayang agar cinta kami berdua teguh, Darjatkan kami dengan sifat kejujuran,keikhlasan,kepercayaan supaya kami kekal mencintai antara satu sama lain. Ya Allah Maha Besar, jauhkanlah kami dari segala dugaan dan rintangan dan permudahlah hari kami, perjalanan kami,cinta kami. Ya Allah, limpahi kami dengan keindahan jagalah kami berdua."

Tiap masa aku akan mengingati dirinya, mungking kene tulah kot hahah.. :)
aku tak pernah rasa sebegini sayang pada seseorang.. :) so I mean she's the one.. Im so believe with my choice now. Even kami ade gaduh tapi alhamdullilah, ia tidak berpanjangan..

Aku memohon agar cinta dia padaku akan kekal sampai bila, kerana aku tak mampu untuk hilang untuk kali kedua.. :) dan aku juga  begitu.

to be continued..