Hujan,

Seakan mengerti perasaan tika itu, menjurai-jurai wakil mata ku kerana kecewa dengan dia, Aku ni lelaki, aku sayang dia. Salah aku, cuz terlanjur sayang dia, Minta tuhan tunai kan lah niat aku untuk biasa2 dan bersahaja aku dengan dia. Biar dia pulak yang cari aku. Setiap langkah membasahkan lagi baju ku. Ku tenung pokok itu rapat2. Ku berdusta kah pada diriku, kenapa harus disembunyikan perasaan ini walau ia sakit di gores dengan belati tajam?

"Jangan sampai abgn kerumah"; "Dpan ijam tayahlah nak biadap"..

Sekali pandang ia tak ubah ayat aku kepada dia.. sekali pandang ia tak ubah seperti sudah bercinta lama. Jadi mana hati tak curiga. Mana hati tak kecewa. Mana hati tak parah. Namun dia hanya mampu mohon maaf. Mencuba untuk buat ku memahami situasinya. 

Baik lah aku cuba memahaminya,

Gedung

Pembuka satu sifat jahanam aku, tika itu sang jantan itu tepat berada di hadapan, aku bagai mampu menahan dari dalam itu sahaja, Menampak kan nya mematah-matahkan tulang tengkuknya. Wah! abang besar! Phark!
Lai kawan lai.. mari rentap mana silang baik jangan dicanang rasa dendam ku makin lama makin arwah la kau. Dia datang bersahaja, "Awak kenapa ni, awak okay?" Pap! terus hilang saka aku pergi macam tu berlalu disuruhnya anak buah nya berada di peluk ku.. hujan itu mulai renyai.

Haish, berdemam jugalah aku malam ni. Tak lepas satu nikmat hati cenderung pada kesabaran. Mana lah ia datang.. harap sabar tu tak pernah wujud. senang sekali pergi itu sahaja.

Rumah

"Dring, Dring Dring,"! ;"Eyra Osment call sayang"  Mulalah topik perbualan. atas bawah kiri kanan bergerak bak pasangan bercinta tiba di satu cerita, "Eyh! Abang bergaduh habis tu dia tak apa2 lah kan, Hmm Apalah lah dorang ni bergaduh, abang pun nak backup kawan dia la, mesti la." Tiba2 kaki nya langkah kehadapan lalu berlari anak ke bilik atas nya jadi tinggal lah aku seorang.

Maka keluar lah aku dari rumah itu, niat hati nak beli rokok, yela itu aje ubat penenang yang ade... Kang isap dadah jadi bangang pulak aku. Kaki ni berjalan laju.. Hujan tak berhenti2 turun.. Ramai nya bangla..
Sesampai nya aku disana  rupanya beg dompet aku tertinggal dirumah. Haish..

Perjalanan

Kaki ini menuju ke taman dengan hati yang lara, sebeberapa lama aku melangkah selama itulah tiada panggilan dari dia, Yela, mana tau dia kol , sejuk skit hati.. Maka berjalan2 tibalah di satu taman ada pondok. aku duduk sambil membakar rokok yang terakhir. Selama 12 minit aku rasa ketenangan itu, selama 12 minit itu aku cuba memaafkan dia. dengan itu lah aku memcuba, Jawapan nya - gagal.

Selepas itu ( Braveheart - dem Bonez) berkumandang terkejut aku dari lamunan tadi. Bini aku kol, selepas itu line terus tade.  bebelas kali jugalah dia pergi dan akhir nya suara nya dengar di telinga telephone ku, "Abang kat mana, ayang keluar, pepandailah abang cari, siapa suruh buat HAL! Fuck!" dari situ  lah aku terus melangkah kaki dengan niat nak halang dia pergi jauh2.. aku berjalan2 macam orang gila.. sampai ke Balai Polis punya hujung aku mencari, Pencarian itu sangat memenatkan.. tiba2 satu panggilan masuk,

"Abang kat mana, Penat tau ayang, ayang takut, datang lah sini, cepat lah, ayang kat kedai buah dekat econsave ni, cepat abang ayang takut." berdesup aku lari, aku mencari2 dan mencari dia, berlari tak serupa manusia, air mata berlinang hilangkan akal aku, melupalah aku pada jalan, aku buntu. sesampai nya di kedai buah berdekatan econsave ( gelap dan tutup pulak ) alhamdullilah dia tak disitu, maka berlari la lagi ke kedai buah satu lagi,  Kecewa aku datang disambut dengan hinaan, dan kejian dan yang paling best terus minta putus.

Yes! aku turutkan kata dia dan membawa dia pulang, niat hati nak selesai kan masalah itu tapi terjadi lagi pergaduhan besar dan aku terkasar pada dia, Dengan nama Allah itu lah satu2nya penyesalan yang paling aku tak dapat maafkan diri aku..  

Bersambung.......



No comments:

Post a Comment