Sri Shafinazku










Saban hari aku merasa kuat bila bersamanya, tapi ada satu perubahan pada diri aku, muehhehehe.. aku rindu kat dia selalu even aku telefon dia. Dan bila fajar terbenam, tiba lah waktu mengantuknya maka kami menadah sebelah tangan cuz sebelah lagi pegang telefon untuk membaca doa. Alhamdulillah, memang pada mula aku gugup sedikit, yelah cam nak baca doa depan perhimpunan sekolah, tapi ia berjaya.. Dan inilah rahsia untuk aku merasa selamat disampingnya,merasa bahagia walaupun jarak menghalang kami berdua.. Moga-moga kita diredhai...


Sayang:


Ya Allah, Jadikanlah dia pembimbing yang baik buatku, sentiasa kejalan yang benar, yang engkau redhai, agar cinta kamu tidak tersia dan terbazir didunia fana ini. Jadikan dia yang halal buatku, jadikan dia imam disetiap solatku :') dia adalah kawan baikku, kekasihku, pembimbingku, guruku imamku.. suamiku :)


Aku:


Ya Allah jadikanlah dia penyokongku bukan dibelakangku tetapi disebelahku yang sentiasa ada dalam hidupku agar aku diterangi cahaya nur kasihnya untuk membawa aku ke jalan menuju mu.. Supaya kami diberkati dan diredhai-Mu, supaya hubungan ini jadi sesuci seperti Adam dan Hawa, dan Ya Allah, jadikalah aku imam untuk keluargaku, jadikanlah aku pembimbing yang akan menjaga, menyintai, menyayangi Sri Shafinaz. Moga-moga Ya Allah, kau makbulkan doa kami berdua.. Amin.


Doa kami sebelum tidur.


Destinasi baru hanyalah hatinya untuk aku kuatkan kasih ku dalam ingatanya mengubah takdir selam jiwanya, Peluk kasih tak akan terhenti - MNA













 Puisi Cinta Islami Untuk mu kekasihku

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini. Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu

 [Syed Qutb] Credit to : :http://blogbintang.com/puisi-cinta-islami







Rindu kamu Tauk


Rindu Kamu Juga

Selepas buat perkara yang biasa, aku tergerak hati untuk hantar message kat dia, tapi malangnye kredit aku lepas dial *122# menunjuk kan RM 0.00. Damn aku totally disappointed gila. tapi nak wat camne aku tetap karang message tersebut dan ia berbunyi..

"Selamat malam Sri-ku..Telah turun berkat cinta cinta mu keranamu membuat aku mencintai mu setulus hati dari awal bercinta denganmu hingga ke hari ini... Dan selamanya ia kepunyaanmu kerna Mu aku bangkit dari silamku dan kerna mu aku sedar seluas laut tak mampu bandingkan cintaku terhadap mu, Oleh itu, Aku panjatkan syukur semoga Allah berkati cinta kita.. amin."

I can't live without her, but all I have is love :') "Tetiba mengalir pulak air mata rindukan abi Syg"- Sri.. Ya Allah, betapa aku rindukan dia juga, betapa aku mencintai dia sepenuh hati, biar ia ditulis berulang-berulang kali kerana aku tulus. Jauh jarak kalu nak dihitung, beratus batu ke sana dan berombak jua. Tapi aku tahu aku perlukanya setiap saat dan waktu. Yela nak hanta message tu tak lepas, because kredit pun tade, nak wat S.O.S tak lepas-lepas then tiba text message dia sampai selang beberapa minti aku karang message tu.. Then, apa lagi terus grab phone, dial her number with all my heart and said "Ayang nape nie, Jgn risau b ada kat sini" tapi dalam benakku nak ku jerit "Aku cinta kamu, Aku rindu kamu sangat2" tak tergambar macam mane aku rindu dia, tapi sebelum aku lepas gembiraku, aku dengar desakan dia dan air matanya, aku tahu betapa aku beruntung kerana kenal dia, mencintai dia, menyayangi dia, merindui dia. Ya Allah aku bersyukur kepadamu kerna meng-Anugerahkan dia kepada ku. Menitis air mata ku bila dengar dia menangis, luntur hati pabila air matanya membasah pipi kerna merinduiku,mencintaiku dan menyayangiku.

"Ayang jangan sedih lagi, Abi akan tetap bersama ayang, abi tetap ada dengan ayang, walau apa pun terjadi abi akan sentiasa dengan ayang, Ayang jangan nangis lagi ekh. B ada nie" bila aku luah kata-kata ini pada dia, aku tak mampu menahan air mata, jujur ia berderai. tapi bese lah, aku kan lelaki, aku tahu aku kene bertahan muehehehe.. Sri Shafinaz bt Paijal aku tahu betapa luas cinta mu, betapa setianya hatimu,betapa kuat sayang itu kepadaku kerana aku sedar semua itu.. Dan aku Shahrul Nizam B. Kharil Ashidi mencintai dirimu,menyayangi dirimu, memerlukan dirimu, menghargai dirimu kerna kau berhak untuk semua itu.. Sayang, jika intan permata diberi untuk ditukarkan dengan mu, akan aku tolak mentah, kerna kau lah nyawa ku... :')







Dia


I will hold you,love you even it take my life, I would rather do than I see you crying.

Dear Shafinaz.

Hundred mile to travel, 2 hour by plane and you were at the other side. Yeah! its far to travel (i guess)  but this distance couldn't tear us apart since I got heart on you. I felt in love with you.

I felt so close to you, I feel the warm, I feel in you. Day by day, this feeling getting stronger even its just a dream but every moment spend with you is like I'm reborn, new life and I'm your twilight.


She hates Patrick I mean cartoon Patrick, Of course, when i thought about her yes she cheering my day with laugh, story, even she keep yelling can't stop when she said saw starfish on her way to beach side.

If you wanna see rainbow all you need is rain.

I know the process, If you wanna happiness ahead, you have to through the rough, I mean this distance is a part of it, You know why...

Honestly, sometime your ex-made me jealous la sayang, its true because I'm the one who feel it. I hate it :( but you know Ayang, the more I face it the more my heart said its you. More I believe that you're the one for me,all this love miss is just for you my dear.. Muahhh..

To be Continued.... 

Cinta Sri Ku. . .

Aku cinta juga

Cinta Ku Milik Dia..


Tuhan saja mengerti betapa penting nya dia buat diriku, tak dapat aku ucap dengan kata- kata walaupun gambaran itu wujud, aku yakin dengan pilihan ku, dengan hatiku membisik memilih dia sebagai peneman hidup ku, dan tak salah lagi aku pasti kerana hati ku pedih bila tiada dia, hati ku sayu tanpa senyumnya, hatiku muram tanpa dirinya kerna tiada seri dalam tamanku.. Wah! madah-madah..  tapi apa yang pasti cinta,kasih,rindu,sayang semua pada dia.. Satu nada bersih pabila lepas menitiskan air mata, Ya, Dia lah insan yang pertama menangis kerana ku dan aku tahu cinta nya terhadapku terlalu besar, dan sebab itu perasaan ini bagai terjatuh pabila terdengar esakan suaranya .. aku mengerti, walau apa pun terjadi jika dia milik ku dia akan tetap menjadi milik ku.. kerana aku cinta dia..

Tangisan seribu makna mengalirkan kasih membuatkan aku terdiam dan terharu dikala malam hari.. Kaulah satu-satunya kekasihku hingga akhir waktu, kaulah satu-satunya cinta hatiku,dan tiada orang lain memilik cinta ini selain dikau.

Tergamam pabila dia menyatakan , "ayang takut satu hari nanti b akan tinggalkan ayang"

Ya Allah Kau sajalah yang mengerti," b takkan tinggal kan ayang sebab tanpa ayang b pun tak pasti mampu teruskan hidup". aku cuma mampu berkata seperti ini <-----...

 Sejujurnya aku takkan meninggalkan kau seorang Sri Shafinaz Bt. Paijal kerana kau menyeri hariku tanpa batasan dan aku mencintai kau tanpa curiga kerana aku yakin kau lah cinta mati ku, kau lah takdirku, dan kau lah cinta syurgaku, kau lah bidadari hidupku..

Walaupun jarak membezakan kita sayang, tapi tidak pada hati. Sejujurnya, kaulah yang sempurna buat diriku dan terbaik pernah aku miliki. Sayang, diriku,cintaku,hatiku,jiwaku adalah milikmu dan muktamad kau lah pilihan ku. Kaulah Pertama Dan Terakhir.  Walaupun aku, aku amatur tentang cinta, tapi hatiku kuat mengatakan kau lah yang satu-satunya. Bila tiba saatnya, kau dan aku kita bersatu melayari bahtera kerna dunia ini milik mu hanya untuk mu.

Cintaku sampai ke syurga, kerna ku pasti kau pun sama, dengan lafaz Bismillah aku mulaka hari untuk menjagamu, mencintaimu, menyayangimu, dah berakhir dengan Alhamdulilah lafaz syukur ku pada Allah kerana anugerahi keselamatan hari ini pada mu. Jika takdir ini untuk ku, akan ku bawa mu, keliling dunia, akan ku beri apapun walaupun bintang dilangit..

Kerna aku cinta kamu Sri Shafinaz Bt. Paijal


Cinta

SAYANG

Tika malam itu, aku terasa sunyi, tika malam itu aku menyesal, tika malam itu aku melihat mu menangis tika malam itu aku turut lepaskan airmataku, pada malam itu aku juga jatuh rebah, juga tika itu aku menyesal seumur hidupku kerana membuat dirimu tangisi kejujuran aku. 
Telah aku sadari kesilapan aku kerana perlakuanku, dari hujung rambut ke hujung kaki aku memohon ampun, walaupun ku tahu hati mu telah retak seperti kaca berderai pada waktu itu, aku berjanji akan ku bina semula walaupun ia tidak serupa tapi lebih baik dari hilang selamanya.
Takkan pernah aku ingin menduakan kamu, sia-siakan kamu, kerna kamu adalah cinta untukku dan telah ku bersumpah akan terus bersamamu walau apapun rintangan yang mendatang.
Aku ingin kau tau betapa aku mencintaimu sepenuh hati, dan semakin hari hati ini menjadi ragu, bertanya apakah dikau akan laksanakan cita-cita untuk membuat diriku memarahimu, apakah aku cuma memikir yang bukan-bukan.
 Jika benar tanggapan aku, maka aku juga turut bahagia jika kamu bahagia, aku tak kan pernah berpaling darimu.. dan akan aku menanti sehingga ke akhir titisan darah mengalir kerana ku sayang kamu.
Jika tidak maka aku akan panjatkan doa pada Ilahi moga dikuatkan perasaan cintaku padamu dan juga padamu kepadaku, kerana aku juga manusia yang tidak mampu menahan kehilangan.
Maka itu sayang, jadikan tanggapan aku salah, kerana aku mati jika tiada kamu disisi.
tapi jika aku mati, usah risau akan aku jagamu dalam hati, dan dapatlah aku melihatmu dari atas adn juga bersamamu tiap masa dan waktu.. ;')    ~ 11/7/2012


















Hari ini kita bergaduh, hari ini kita saling merajuk, tapi apalah dia jika dibandingkan dengan cinta, Cinta ku luas-seluasnya, tanpa perlu dinoda,kerana aku ikhlas juga keranamu.


Permulaan kita hanya teman,Salam menjadi kawan,Mengenali kita bersahabat Pabila luahkan berubah menjadi cinta, Mencintai kita mula percaya,Mempercayai kita berkasih, Dan kekasih kita berkongsi maka bersatulah kita, Bersatu kita bina bahtera, Dan bahtera akan kita jaga sampai ke akhir hayat.Cinta kita kekal abadi.


Jika kita diberi pilihan hanya langkah terakhir yang dipilih kerana aku juga tidak mampu kehilangan kamu wahai Sri Shafinazku, Hanya dirimu pilihanku, Hanya dirimu menjadi permaisuri dalam kamar hati ini. Dalam dunia ini pasangan akan berkhawin  jadi denganmu akan aku peristerikan sehingga akhir nanti. Sungguhpun jutaan halangan berliku aku tetap mencintaimu.


Kerana cinta itu juga perasaan, jika diusik maka terbahagilah ia, Terbahagi bukan kerna apa kerana was-was dan terus tercipta rindu dan sayang. Jika rindu sayang ingatlah selalu kerana cintaku padamu abadi. :)


Sri Shafinazku, cinta padamu seakan meninggi saban hari jika ingin dikikis mustahil teramat sangat, kerana aku mencintai kamu kerana hati mu. Aku percaya dirimu, aku juga mencintai dirimu jadi mustahil jika terpisah. Sayang, aku juga tak mampu untuk ambil satu peluang untuk mencintai yang lain kerana aku hanya ada kamu, kerana aku perlukanmu,kerana aku cintai kamu, kerana aku percaya yang dirimu adalah cinta sejatiku.




Oh Teletubies te amor


Seorang insan yang membuat aku terdiam sejenak, seorang insan yang membuat aku kagum, seorang insan yang membuat rindu tak keruan setiap hari. Dia membuat aku terdiam dengans sikapnya yang ceria, talkative, peramah, idealistik dan dia membuat aku merasa kagum dengan caranya menyayangi diriku, caranya mencintai diriku, caranya menghargai diriku. Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana menganugerahkan dia.


"Hadirmu didalam hidupku memberikan kesan yang amat dalam.. Kau mampu membuat hidupku seperti berharga.. Kau membuat hidupku bersinar kembali.. Sesuatu yangku anggap telah mati, Sesuatu yang tak mungkin kembali.. Lalu kau datang membawa cinta sucimu.. Kau mampu membuatku menangis bila merindukan mu.. dan kau juga membuatku tersenyum walau air mata ini menitis.. Kau mampu mengubah segalanya.. Sesuatu yang tak mungkin ku ungkap.. Sesuatu yang tak mungkin buat, sesuatu yang sangat susah!!! Tapi denganmu apa yang ku tak suka dan apa yang susah.. Itu senang.. KERNA KU ADA KAMU.." - Sri Shafinaz Bt. Paijal

Jangan Berduka

Sri Shafinaz bt Paijal.


Ya Allah, Jika hatiku bisa berkata, akan ku robek dadaku keluarkan isi dan buang tulang temulang untuk ku carik hatiku supaya ia dapat beritahu padamu betapa aku mencintai diri-mu.


Diam bukan mati, diam dia bisu getar mulut berbicara dengan arahan hati si teruna ~ Aku jujur sedang aku mencari kesempurnaan ini aku cipta tujuh khilaf, tetapi aku sedar betapa pentingnya diri-mu terhadapku kerna ia Masih panas dalam ingatan,dalam hati,dalam jiwa kerna aku bisa buang segala egois untuk diri-mu, akan aku bungkamkan segala masalah ketepi kerna aku lah perwira-mu..


Sri..
Seputar alam memecah hening dalam hitam, pusing puing-puing cinta aku abadi ia untuk-mu. Cinta maksudku... Jangan lah kau ragui dimana tempat mu dihatiku, kerana jawapan hanya satu, ialah diatas. Diatas bermaksud penting wahai suri hatiku, kerana dalam hatiku selapang-lapang hanya untuk Allah, dan dibiingkai nama ada nama-mu, Nama-mu disitu kerana aku mencintai-mu adalah kerana-Nya. Oleh itu, aku jujur agar aku tidak berdosa dengan anugerah yang tak terperi aku terima.
Maka akan ku jaga-mu yakni cintai,sayangi,melindungi,merawati,mengasihi adalah kerana Allah Maha Besar.


Dan itulah, telapak tangan-ku tadah mengangkat kelangit hanya untuk meminta pada mu "Ya Allah, benarkanlah kami bersatu, rahmatilah hubungan ini, satukanlah kami hingga ke syurgamu, berikanlah kami pedoman dan hidayah agar kami menjadi pasangan yang diredhai-Mu. Ya Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang darjatkanlah kami dengan sifat pengasih dan penyayang agar kami saling percaya, memahami,mencintai,mengasihi,melinduingi,merawati antara satu sama lain, dan supaya kami menjadi pasangan yang beriman hanya kepada-Mu.


Jika diumpama aku adalah matahari untukmu, dan sukar benar untuk-mu gapai cintaku dihati maka dengan itu akan ku padam mata api supaya kau boleh gapai,dan tak terbinasa keranaku,
Kerana Aku rela mati untukmu. dan jika aku sangat mahal mahupun sukar dimiliki-mu percayalah sayang dari awal lagi aku adalah milik-mu tak perlu dicari,dibeli kerana aku sendiri akan datang memegangmu,menjagamu dan melindungi kamu kerna aku milik kamu muktamad.


Bersambung....