Jangan Berduka

Sri Shafinaz bt Paijal.


Ya Allah, Jika hatiku bisa berkata, akan ku robek dadaku keluarkan isi dan buang tulang temulang untuk ku carik hatiku supaya ia dapat beritahu padamu betapa aku mencintai diri-mu.


Diam bukan mati, diam dia bisu getar mulut berbicara dengan arahan hati si teruna ~ Aku jujur sedang aku mencari kesempurnaan ini aku cipta tujuh khilaf, tetapi aku sedar betapa pentingnya diri-mu terhadapku kerna ia Masih panas dalam ingatan,dalam hati,dalam jiwa kerna aku bisa buang segala egois untuk diri-mu, akan aku bungkamkan segala masalah ketepi kerna aku lah perwira-mu..


Sri..
Seputar alam memecah hening dalam hitam, pusing puing-puing cinta aku abadi ia untuk-mu. Cinta maksudku... Jangan lah kau ragui dimana tempat mu dihatiku, kerana jawapan hanya satu, ialah diatas. Diatas bermaksud penting wahai suri hatiku, kerana dalam hatiku selapang-lapang hanya untuk Allah, dan dibiingkai nama ada nama-mu, Nama-mu disitu kerana aku mencintai-mu adalah kerana-Nya. Oleh itu, aku jujur agar aku tidak berdosa dengan anugerah yang tak terperi aku terima.
Maka akan ku jaga-mu yakni cintai,sayangi,melindungi,merawati,mengasihi adalah kerana Allah Maha Besar.


Dan itulah, telapak tangan-ku tadah mengangkat kelangit hanya untuk meminta pada mu "Ya Allah, benarkanlah kami bersatu, rahmatilah hubungan ini, satukanlah kami hingga ke syurgamu, berikanlah kami pedoman dan hidayah agar kami menjadi pasangan yang diredhai-Mu. Ya Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang darjatkanlah kami dengan sifat pengasih dan penyayang agar kami saling percaya, memahami,mencintai,mengasihi,melinduingi,merawati antara satu sama lain, dan supaya kami menjadi pasangan yang beriman hanya kepada-Mu.


Jika diumpama aku adalah matahari untukmu, dan sukar benar untuk-mu gapai cintaku dihati maka dengan itu akan ku padam mata api supaya kau boleh gapai,dan tak terbinasa keranaku,
Kerana Aku rela mati untukmu. dan jika aku sangat mahal mahupun sukar dimiliki-mu percayalah sayang dari awal lagi aku adalah milik-mu tak perlu dicari,dibeli kerana aku sendiri akan datang memegangmu,menjagamu dan melindungi kamu kerna aku milik kamu muktamad.


Bersambung....








No comments:

Post a Comment