Cinta

SAYANG

Tika malam itu, aku terasa sunyi, tika malam itu aku menyesal, tika malam itu aku melihat mu menangis tika malam itu aku turut lepaskan airmataku, pada malam itu aku juga jatuh rebah, juga tika itu aku menyesal seumur hidupku kerana membuat dirimu tangisi kejujuran aku. 
Telah aku sadari kesilapan aku kerana perlakuanku, dari hujung rambut ke hujung kaki aku memohon ampun, walaupun ku tahu hati mu telah retak seperti kaca berderai pada waktu itu, aku berjanji akan ku bina semula walaupun ia tidak serupa tapi lebih baik dari hilang selamanya.
Takkan pernah aku ingin menduakan kamu, sia-siakan kamu, kerna kamu adalah cinta untukku dan telah ku bersumpah akan terus bersamamu walau apapun rintangan yang mendatang.
Aku ingin kau tau betapa aku mencintaimu sepenuh hati, dan semakin hari hati ini menjadi ragu, bertanya apakah dikau akan laksanakan cita-cita untuk membuat diriku memarahimu, apakah aku cuma memikir yang bukan-bukan.
 Jika benar tanggapan aku, maka aku juga turut bahagia jika kamu bahagia, aku tak kan pernah berpaling darimu.. dan akan aku menanti sehingga ke akhir titisan darah mengalir kerana ku sayang kamu.
Jika tidak maka aku akan panjatkan doa pada Ilahi moga dikuatkan perasaan cintaku padamu dan juga padamu kepadaku, kerana aku juga manusia yang tidak mampu menahan kehilangan.
Maka itu sayang, jadikan tanggapan aku salah, kerana aku mati jika tiada kamu disisi.
tapi jika aku mati, usah risau akan aku jagamu dalam hati, dan dapatlah aku melihatmu dari atas adn juga bersamamu tiap masa dan waktu.. ;')    ~ 11/7/2012


















Hari ini kita bergaduh, hari ini kita saling merajuk, tapi apalah dia jika dibandingkan dengan cinta, Cinta ku luas-seluasnya, tanpa perlu dinoda,kerana aku ikhlas juga keranamu.


Permulaan kita hanya teman,Salam menjadi kawan,Mengenali kita bersahabat Pabila luahkan berubah menjadi cinta, Mencintai kita mula percaya,Mempercayai kita berkasih, Dan kekasih kita berkongsi maka bersatulah kita, Bersatu kita bina bahtera, Dan bahtera akan kita jaga sampai ke akhir hayat.Cinta kita kekal abadi.


Jika kita diberi pilihan hanya langkah terakhir yang dipilih kerana aku juga tidak mampu kehilangan kamu wahai Sri Shafinazku, Hanya dirimu pilihanku, Hanya dirimu menjadi permaisuri dalam kamar hati ini. Dalam dunia ini pasangan akan berkhawin  jadi denganmu akan aku peristerikan sehingga akhir nanti. Sungguhpun jutaan halangan berliku aku tetap mencintaimu.


Kerana cinta itu juga perasaan, jika diusik maka terbahagilah ia, Terbahagi bukan kerna apa kerana was-was dan terus tercipta rindu dan sayang. Jika rindu sayang ingatlah selalu kerana cintaku padamu abadi. :)


Sri Shafinazku, cinta padamu seakan meninggi saban hari jika ingin dikikis mustahil teramat sangat, kerana aku mencintai kamu kerana hati mu. Aku percaya dirimu, aku juga mencintai dirimu jadi mustahil jika terpisah. Sayang, aku juga tak mampu untuk ambil satu peluang untuk mencintai yang lain kerana aku hanya ada kamu, kerana aku perlukanmu,kerana aku cintai kamu, kerana aku percaya yang dirimu adalah cinta sejatiku.




Oh Teletubies te amor


Seorang insan yang membuat aku terdiam sejenak, seorang insan yang membuat aku kagum, seorang insan yang membuat rindu tak keruan setiap hari. Dia membuat aku terdiam dengans sikapnya yang ceria, talkative, peramah, idealistik dan dia membuat aku merasa kagum dengan caranya menyayangi diriku, caranya mencintai diriku, caranya menghargai diriku. Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana menganugerahkan dia.


"Hadirmu didalam hidupku memberikan kesan yang amat dalam.. Kau mampu membuat hidupku seperti berharga.. Kau membuat hidupku bersinar kembali.. Sesuatu yangku anggap telah mati, Sesuatu yang tak mungkin kembali.. Lalu kau datang membawa cinta sucimu.. Kau mampu membuatku menangis bila merindukan mu.. dan kau juga membuatku tersenyum walau air mata ini menitis.. Kau mampu mengubah segalanya.. Sesuatu yang tak mungkin ku ungkap.. Sesuatu yang tak mungkin buat, sesuatu yang sangat susah!!! Tapi denganmu apa yang ku tak suka dan apa yang susah.. Itu senang.. KERNA KU ADA KAMU.." - Sri Shafinaz Bt. Paijal

No comments:

Post a Comment